Steve Easterbrook. foto Agensi

ILLINOIS – Ketua Eksekutif McDonald’s, Steve Easterbrook dipecat selepas beliau menjalinkan hubungan dengan pekerjanya.

MvDonald’s mendakwa Easterbrook telah melanggar polisi syarikat yang telah dipersetujuinya.

Dalam emel kepada kakitangannya, Easterbrook mengakui hubungan tersebut dan berkata ia adalah satu kesilapan.

“Mengambil nilai syarikat ini, saya bersetuju untuk mengundurkan diri,” kata ahli perniagaan itu.

Easterbrook, 52, pernah bercerai dan bekerja dengan McDonald’s pada tahun 1993 sebagai pengurus di London sebelum dinaikkan pangkat.

Beliau kemudian meninggalkan syarikat makanan segera itu untuk bersama Pizza Express dan Wagamama sebelum kembali ke McDonald’s pada tahun 2013 menjadi ketua di United Kingdom dan utara Eropah.

Dia kemudian dilantik sebagai Ketua Eksekutif McDonald’s Corporation pada tahun 2015.

Tempatnya akan digantikan oleh Chris Kempczinski, presiden McDonald’s Amerika Syarikat berkuatkuasa serta-merta.

Kisah seumpama ini bukan kali pertama berlaku.

Tahun lalu, Ketua Eksekutif Intel, Brian Krzanich juga melepaskan jawatan di atas sebab yang sama kerana melanggar melanggar peraturan syarikat. – MalaysiaGazette