Arkib: Keadaan di Kashmir, India

SRINAGAR (NEW DELHI)- Seorang maut manakala 15 lagi cedera selepas satu serangan bom tangan berlaku di sebuah pasar di Srinagar petang tadi, kata polis.

Ini merupakan serangan bom tangan ketiga di Jammu dan Kashmir dalam tempoh dua minggu.

Kesemua yang cedera dalam kejadian di Hari Singh High Street di pusat bandar itu telah dimasukkan ke hospital.

Dua daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Serangan tersebut berlaku pada jam 1.20 petang, lapor agensi berita PTI.

Pihak pengganas mensasarkan penjaja di kaki lima kerana pasar tersebut masih lagi ditutup selepas berlakunya ketegangan di bandar berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Ketika ini, kawasan pasar berkenaan telah dikepung.

Minggu lepas, 15 orang awam tercedera dalam serangan serupa yang berlaku di bandar Sopore, utara Kashmir.

Mereka diserang ketika sedang menunggu di perhentian bas.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast