Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengesahkan beliau akan menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya calon lain seperti Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Bercakap dalam satu tembual bersama The Sydney Morning Herald, Dr. Mahathir berkata, beliau akan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-15 nanti.

“Saya tidak boleh kata sama ada lagi dua tahun atau tiga tahun tetapi saya pastinya akan meletakkan jawatan seperti yang dijanjikan,” katanya semasa ditemubual sebelum Sidang Kemuncak ASEAN di Bangkok.

Ketika ditanyakan apakah beliau pasti akan menyerahkan kuasa kepada Anwar dan bukannya calon lain, Mahathir berkata: “Ya, saya akan (menyerahkan kuasa kepada Anwar).”

Tambah Dr. Mahathir, meskipun terdapat ramai yang meminta beliau untuk meneruskan tugas sehingga pilihan raya akan datang, namun beliau menganggap itu hanya pendapat pihak tersebut.

“Komitmen saya adalah meletakkan jawatan sebelum pilihan raya akan datang, itu pasti,” tegasnya.

Dalam tembual berkenaan, Dr. Mahathir mengakui beliau telah berubah daripada seorang autokrat kepada demokrat yang kini memimpin perikatan kerajaan, Pakatan Harapan.

Katanya, beliau dipaksa untuk berubah.

“Saya dipaksa untuk berubah kerana sebelum ini saya memimpin sebuah parti yang dominan.

“Proses membuat keputusan adalah lebih mudah sehingga ada ketikanya orang ingat saya mentadbir kerajaan bersendirian.

“Itu tidak benar.

“Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa berunding dengan orang lain (dalam pakatan) dan tanpa mengambil kira pandangan mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Kau jaa nk serah pd al sheik anuar al juburi al iblishim.. tserah lh kau kutty..yg pasti pru 15 al sheikh anuar al juburi akn d humbankn dlm kumbahan taik sbb kaki jubur suka main taik…kau jaa tpaksa serah pd al juburi..mejority raayat xnk pilih al sheikh anuar al juburi iblishim..kau pun sama jaa tun kutty..dajjal..hanya Allah swt yg mampu mbalas sgl pbuatan kau kutty dn al juburi..smoga mati kau ber2 d limpahi hinaan dn kutukkn..neraka well slayaknya tmpt kau ber 2…

Comments are closed.