TERKINI : Bukan KEDAH Tak Bagus “Ifwat Tarik Diri, Ada Masalah Peribadi” – Tan Cheng Hoe

PETALING JAYA – Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengesahkan penjaga gol Kedah Ifwat Akmal Chek Kassim telah menarik diri daripada kem latihan pusat Harimau Malaya.

Beliau berkata, Ifwat, 23, meminta perlepasan itu kerana mempunyai masalah peribadi.

Sebagai ganti, Cheng Hoe memberitahu, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli, 21, dipainggil untuk melapor diri ke kem latihan pusat esok.