KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi mungkin didakwa ke mahkamah oleh sebuah syarikat agensi pelancongan atas dakwaan gagal membayar bil pelancongan lebih RM300,000.
Ia dilaporkan oleh Sarawak Report yang turut memuatnaik gambar keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu ketika bercuti.
Ia termasuk lawatan peribadi keluarganya dan dirinya ke Sandakan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu Mei lalu, menurut Sarawak Report.
Sarawak Report memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Timbalan Presiden PKR itu dalam tempoh enam bulan.
“Walaupun plaintif dan/atau wakilnya berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah didakwa itu tidak pernah dipertikaikan,” kata agensi pelancongan itu dalam writ saman yang dipetik Sarawak Report.
Difahamkan, pengurusan kes bagi saman itu ditetapkan pada 3 Disember ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Menurut Sarawak Report, syarikat itu menuntut Mohamed Azmin membayar RM328,901 tambahan kepada faedah dan ganti rugi lain yang dinilai.
Sarawak Report juga mempertikaikan bil Mohamed Azmin sebanyak RM300,000 sedangkan beliau telah mengisytiharkan gajinya RM50,000 sebulan.
Ia mendakwa jumlah itu termasuk RM92,280 bagi penerbangan untuk anaknya yang baru berkahwin, Mohamed Ameer Shazrin dan isterinya, Mazreen Shanim Shaheen ketika mereka melancong ke Marrakech, London dan Geneva.- MalaysiaGazette
Jgn liat bayar hutang manusia , terutama bagi yg berstatus menteri .hutang wajib di bayar.
DUIT DAH MASUK SUSAH NAK KELUAR KAN!DUIT TU DI SEMBURIT KAN!GUNA KAN BOR UNTUK DPAT KAN!
Semoga menteri kabinet dibawah ph tidak menunjukkan contoh yg buruk kepada rakyat.
Ingatlah lah kuasa rakyat.
MUHYIDIN.ANUAR.AZMIN.MAT SABU DAN LAIN2 ADA KAH MEREKA2 NI BAGUS2 BELAKA? JANGAN AMPU LA !