Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

BAHAGIAN Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman hanyalah salah satu bahagian dalam organisasi PDRM. Namun segala permasalahan termasuklah isu ‘titik bengik’ dalam menangani keganasan dan kegiatan militan adalah berada di atas bahu dan tanggungjawab mereka.

E8 telah bekerja di belakang tabir sejak 1990an memerangi keganasan di tanah air. Dari kumpulan dan sel pengganas dari Al-Qaeda, Jemaah Islamiyah (JI) kepada Kumpulan Mujahideen Malaysia serta terkini, Daulah Islam (Daesh) telah dilumpuhkan hasil usaha berterusan E8.

Mereka tak ramai, tetapi mereka ada dan menjadi mata serta telinga PDRM dalam usaha membanteras masalah ini di negara kita.

Semua organisasi militan berada dalam pengawasan mereka.

Seperti mana pegawai dan anggota lain dalam PDRM, mereka bekerja tanpa penat dan lelah untuk memastikan tanah air yang tercinta ini bebas dari ancaman sebegini.

Sebagai contoh, sejak tahun 2009, mereka telah berjaya menahan 284 suspek yang terbabit dengan JI, 512 orang suspek Daish dan ramai lagi.

Dan dalam sedar tak sedar, E8 telah mematahkan 25 rancangan serangan pengganas di negara ini sejak 2013, antaranya serangan berskala besar ke atas tempat ibadat Kristian, Hindu dan Buddha serta pusat hiburan di sekitar Lembah Klang.

Sebelum itu, antara kejayaan yang ramai masyarakat tak tahu ialah ialah kejayaan E8 merampas bom yang terdiri dari satu kotak litar, remote control, dan telefon bimbit yang dipasang oleh militan JI Dr Azahari Hussein di Felda Lengkap di Perak pada 17 Jun 2003.

Malah dalam salah satu temubual dengan The Sun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pernah mendedahkan, pada 5 April 2007, mereka menemui sebuah bom di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sejurus penahanan dua anggota JI.

Suspek juga bertanggungjawab membuat enam bom paip dan meletakkannya di dalam tong sampah di lokasi pusat-pusat hiburan sepanjang Jalan Telawi 3 di Bangsar (KL) pada 1999.

Bom-bom berkenaan sepatutnya meletup tetapi kita agak bertuah keranan komponen bom mereka tidak berfungsi. Kita nyaris-nyaris terkena tragedi “Bangsar Bombing!”

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Dalam kes LTTE, pada tahun 2009, mereka menahan 25 militan LTTE. Salah satu kes berprofil tinggi ialah penangkapan ketua berjawatan tinggi LTTE iaitu Kumaran Pathmanatahan pada 5 Ogos 2009. Mereka menahan suspek di sebuah hotel di KL dan memindahkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bagi mengelakkan tindakan balas anggota LTTE yang masih berada di Malaysia.

Ketika interogasi, Kumaran mengaku selepas Sri Lanka, dia lari ke Thailand dan Singapura sebelum memasuki Malaysia menggunakan passport India yang palsu!

Memang panjang sejarah kejayaan E8 kalau kita nak bercerita satu persatu tetapi semua pencapaian ini tidak akan membawa makna kalau usaha dan penat lelah mereka ‘dicalarkan’ dengan keputusan ‘luar jangka’ pihak lain seperti mana yang berlaku di Mahkamah Sesyen Seremban pagi tadi.

Mahkamah itu membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk MEMBATALKAN dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaran.

Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu dihadapan Hakim Madihah Harullah. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman. Dia yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan telah dituduh masing-masing di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Okt kerana memberi sokongan kepada LTTE dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Okt lepas, atas pertuduhan tambahan.

Tiada alasan pembatalan dua tuduhan tadi yang diberikan oleh Peguam Negara.

Betul, adalah hak Peguam Negara untuk menarik balik atau meneruskan pendakwaan tetapi rakyak nak tahu mengapa sedangkan kita tahu isu LTTE ini sangat serius dan menjadi perbualan hangat masyarakat.

Setiap hari Ayob dan anak-anak buahnya dikecam oleh penyokong dan parti politik tertentu disebabkan ketegasan mereka hendak membendung pengaruh LTTE tetapi nampaknya keputusan Peguam Negara telah menambahkan lagi garam pada ‘luka yang tercalar’!

Semoga Bahagian E8 khususnya dan PDRM amnya tidak patah semangat dengan keputusan Peguam Negara ini serta menjadikan perkara tersebut sebagai pemangkin untuk terus istiqamah dalam perjuangan mereka.

Sebelum saya berhenti, ingatlah kata-kata George Washington ini.

“Truth will ultimately prevail where there is pains to bring it to light”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Datuk Ayub n anak2 buahnya khususnya PDRM teruskan usaha utk membenteraskan anasir2 yg ingin mengembangkan fahaman yg tidak di ingini. Syabas n tahniah atas usaha serta kerja keras pasukan anda! Teruskan usaha anda, pedulikan dgn suara2 negatif dari sesetengah penyokong politik. Mereka hanya memikirkan kepentingan politik kumpulan mereka. Usah pedulikan dgn suara2 mereka itu, kami rakyat marheim penyokong segala tindakan pihak PDRM utk keselamatan n keharmonian negara.

Comments are closed.