🎥 [VIDEO] LENSA MG | Uniknya Kampung Nelayan Air Masin

PONTIAN – Jika dahulu Kampung Nelayan Air Masin yang terletak dalam daerah Pontian hanya dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan namun kini ia merupakan salah satu destinasi pelancongan serta pengeluar hasil laut terkenal.

Dianggarkan hampir 100 buah keluarga menghuni kawasan penempatan tersebut dengan rata-rata mereka terdiri daripada masyarakat Cina berketurunan Hokkien.

Kebanyakan penduduk yang menghuni perkampungan nelayan itu menjalankan aktiviti menternak dan menangkap ikan selain pembiakan udang, memproses belacan serta perusahaan ringan yang lain.