Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) di Pos Aviation Sepang berikutan kebocoran radioaktif.

SEPANG – Kebocoran radioaktif yang berlaku di terminal Pos Aviation Cargo di sini hari ini mengakibatkan kakitangannya mengosongkan bangunan dan menghentikan sementara operasinya.

Pos Aviation yang mengendalikan perkhidmatan logistik darat mengesahkan kejadian kebocoran radioaktif itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Sebagaimana diarahkan oleh pihak bomba KLIA, semua petugas telah dipindahkan daripada bangunan terminal dan semua operasi dihentikan sementara sehingga notis selanjutnya,” katanya.

Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi juga mengesahkan berlaku satu kejadian kebocoran radioaktif di Sepang dan keadaannya dilaporkan terkawal.

Seorang petugas di Pos Aviation ketika dihubungi memaklumkan melihat Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM berada di tempat kejadian.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast