TERKINI : PLUS Teliti Semula “Keputusan Tutup Lorong Tambah Nilai” – Azmin Ali

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) perlu meneliti semula keputusan penutupan perkhidmatan tambah nilai Touch n Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuh raya.

Kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, luahan dan maklum balas rakyat yang tidak berpuas hati berikutan keputusan itu patut diambil kira.

Tambah beliau lagi, perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna lebuh raya sepatutnya tidak menyukarkan.

“Saya kira pandangan pengguna penting diberikan perhatian kerana kemudahan yang disiapkan itu untuk memberikan keselesaann kepada pengguna lebuh raya.