TERKINI : Saya Bukan Kata Tidak Ada Laporan – Datuk Mazlan Mansor

Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima apa-apa laporan tentang kenyataan Republik of Malaysia oleh seorang peserta rakyat Malaysia Miss Crystal Angel International, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, pihaknya belum menerima apa-apa laporan daripada mana-mana pihak berhubung kenyataan itu setakat ini.

“Saya tidak dimaklumkan lagi ada laporan tentang kenyataan Republik of Malaysia. Bukan tidak ada laporan polis, benda ini baru jadi saya kena semak dulu,” katanya dalam sidang media di Universiti Malaya (UM) hari ini.