“Kamu ada kuasa buatlah apa sahaja, segala agensi kerajaan kamu gunakan untuk menindas lawan. Tapi ingatlah akan tiba masa kamu pula berada di bawah nanti,”
Itu perkongsian ditulis Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu hantaran ringkas di media sosial hari ini yang menyindir pihak tertentu untuk melakukan apa sahaja ketika mereka memiliki kuasa ketika ini.















