TERKINI : PH Digelar Boneka DAP “BN Takut dan Guna Isu Perkauman” – Syed Saddiq

Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin Melayu dituduh sebagai boneka dan kuda tunggangan DAP sebab Baeisam Nasional (BN) takut tidak boleh menipu rakyat dengan isu perkauman dan akan diheret ke mahkamah dan dipenjara.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pembangkang telah menyebarkan fitnah sejak sebelum Pilihn Raya Umum ke-14 kalau PH mentadbir Felda, Tabung Haji dan UiTM, semua institusi berkaitan Melayu dan Islam akan ditutup.

Namun realitinya kata beliau, semua institusi yang didakwa akan tergugat di bawah kerajaan PH kini bukan sahaja masih utuh tetapi peruntukan untuk Bumiputra dalam Belanjawan 2020 telah ditambah sebanyak RM400 juta.