DUBAI – Menteri Luar Iran menafikan lapran yang disifatkannya sebagai ‘perangkap’ bahawa Agensi Tenaga Atom Anyatarbangsa (TIAEA), pemerhati nuklear Amerika Syarikat (AS), menemui kesan uranium di sebuah tapak di Iran yang mana Israel menggelarnya ‘gudang atom rahsia’.

Dua bulan selepas Reuters melaporkan sampel yang telah diambil di tapak tersebut menunjukkan terdapat kesan uranium, pada Rabu lalu IAEA memberitahu ahlinya dalam taklimat tertutup bahawa ia menemui kesan uranium di sebuah tapak di Iran yang tidak didedahkan lokasinya, namun pada mesyuarat itu para diplomat berkata, adalah jelas ia merupakan tempat yang sama.

“Rejim Zionis dan Israel cuba membuka semula fail ini,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Abbas Mousavi yang disiarkan di rangkaian televisyen negara itu.

“Kami telah mengumumkan ini sebagai satu perangkap.

“Harap IAEA akan mengekalkan pengawasan,” kata Mousavi.

IAEA mengesahkan kepada ahlinya bahawa kesan sampel yang diambil pada Februari lalu adalah uranium yang telah diproses namun tidak diperkayakan dan penjelasan oleh Iran setakat ini tidak mengandungi air, kata para diplomat.

Pada 2018, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menentang rundingan Iran dengan kuasa besar pada 2015 dengan menggesa IAEA untuk melawat tapak itu dengan segera berkata, ia menempatkan 15 kilogram bahan radioaktif  yang telah dipindahkan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast