Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Jacob George.
Dr Jacob George.

KUALA LUMPUR – Langkah PLUS menamatkan perkhidmatan tambah nilai di lorong-lorong tol lebuh raya syarikat konsesi itu sepatutnya disokong dan bukan ditentang.

Ini kerana tindakan PLUS itu bukan luar biasa, sebaliknya selari dengan amalan pengendali lebuh-lebuh raya di peringkat antarabangsa.

Di luar negara, aktiviti tambah nilai tidak dilakukan di lorong-lorong lebuh raya seperti di Malaysia.

Disebabkan amalan itu, lebuh-lebuh raya di kebanyakan negara tidak mengalami kesesakan.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George berkata, lebuh raya diwujudkan untuk melicinkan lalu lintas, justeru tindakan itu tidak sewajarnya dijadikan isu.

Lagipun, PLUS telah menyediakan banyak kemudahan tambah nilai, lantaran itu isu sukar untuk mendapatkan akses tidak wujud sama sekali.

“Rakyat Malaysia perlu lebih berdisiplin dalam soal ini. Operasi lebuh raya di Malaysia bukan baru, sudah lama.

“Jadi isu terlupa untuk tambah nilai tidak sepatutnya jadi alasan untuk menentang tindakan PLUS jika langkah itu membawa kebaikan kepada majoriti,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jacob menambah, banyak lagi perkara-perkara utama yang jauh lebih penting boleh dicadangkan kepada PLUS berbanding isu tambah nilai.

“Contohnya isu keselamatan yang perlu dipertingkatkan di lebuh raya, memperbaiki kesalahan-kesalahan pengguna ketika di lebuh raya dan sebagainya.

“Isu tambah nilai sangat remeh untuk diberi perhatian,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

PLUS tutup semua lorong tambah nilai mulai esok hingga 29 Okt

2 Komen

  1. Bangang, org Malaysia bukan macam org Jepun, Korea, Europe Dan America….minda masih d tahap lama, tak apa, hanya segelintir yg berfikiran professional…jadi bila tidak ada lorong tambah nilai lupa nak tambah…agak agak jam tak jalan tu…kita rakyat sudah cukup semak dengan masalah, bab nak guna hiway pun bermasalah…really un acceptable..

Comments are closed.