Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak . foto FAREEZ FADZIL, 11 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Pilihan bekas Perdana Menteri untuk memberi keterangan bersumpah membuktikan dirinya lebih berani berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas ahli PKR.

Badrul Hisham Shaharin mendakwa ia terbukti apabila Presiden PKR itu semasa berhadapan dengan kes liwatnya sebelum ini bukan sahaja tidak berani mengambil pendekatan yang sama untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, sebaliknya hanya memberikan kenyataan di luar kandang tertuduh, apatah lagi sering mengelak untuk mengulas lanjut secara terbuka berkenaan isu itu.

Berbeza dengan Datuk Seri Najib Razak, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, bekas Perdana Menteri itu lebih terbuka mengulas pertuduhan yang dihadapkan kepadanya bersabit kes SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“@NajibRazak jauh lebih berani dari @anwaribrahim kerana bila dipanggil bela diri dia pilih untuk berada dalam kandang dan beri kenyataan dalam sumpah serta sedia disoal terbuka.

“Anwar dalam kes liwatnya tak berani dan hanya beri kenyataan bertulis luar kandang tak sumpah dan takut disoal terbuka,” tulisnya menerusi Twitter.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarahkan Najib untuk membela diri terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakimannya, Mohd Ghazali berkata, Najib mempunyai kepentingan dalam SRC Internatinal dan kawalan penuh menyebabkan RM42 juta didepositkan ke dalam akaun bagi kepuasan beliau.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini turut memuji tindakan Najib yang berani berusaha membuktikan dirinya tidak bersalah.

Anwar pula menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi itu merupakan permulaan yang baik, membuktikan pendakwaan terhadap Najib mengikut lunas undang-undang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Berani kerana benar…Yang kita risaukan samada perbicaraan ada unsur-unsur pembicaraan politik atau ada campurtangan ghaib dari musuh politik…macam2 boleh berlaku…Yang jelas rakyat tahu semasa perbicaraan, bekas CEO SRC ,bekas pengurus Ambank, dan beberapa lagi orang yg diberikan amanah dan kepercayaan telah bersekongkol dengan Jholow untuk kebas duit-duit SRC dan 1MDB.Isu RM2.6 billion yg dicanangkan oleh pihak pembakang sebelelum pru14 pun telah disahkan dimahkamah sebagai duit sumbangan politik kpd DSNR .Ini membuktikan pihak pembangkang pada masa itu telah membuat fitnah.Besar dosa orang yg memfitnah lebih besar dari dosa membunuh..

    • Betul tu..rakyat rasa pelik semua yg terlibat dlm SRC dan 1MBDB boleh hilang mcm tu jer..JLow hilang, Nik Ahmad Kamil hilang, Jasmine Loo hilang & Casey Tang pun hilang..malah skrg ni Jlow dah jadi beruang plak..peliknya mcm mana mrk ni blh hilang mcm tu jer dan PDRM yg hebat tak dapat kesan..pelik kan?

Comments are closed.