SUKAN MG 🎥 | Liverpool Pun Boleh Kalah – Aidil Zafuan

Tonggak utama pertahanan Harimau Malaysia, Aidil Zafuan Abd Radzak berkata, tidak ada yang mustahil untuk mengalahkan Thailand menjelang aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Aidil berkata, ini kerana dalam permainan bola sepak, tidak ada pasukan yang tidak boleh dikalahkan.

Jelas pemain Johor Darul Ta’zim itu, yang penting, dia dan rakan-rakan tidak akan memberi laluan mudah kepada Thailand yang hadir dengan reputasi hebat.