Arsene Wenger. The Sun

LONDON – Arsene Wenger akhirnya tidak menganggur lagi apabila ditawarkan kerja sebagai Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA.

Bekas pengurus Arsenal itu akan mengetuai hal berkaitan teknikal sebagai anggota Panel Penasihat Teknikal dan Bola Sepak yang terlibat dalam kaji semula dalam Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB).

Ini termasuk proses membuat keputusan mengenai perubahan kepada undang-undang permainan.

Wenger berkata, tugas baharunya itu merupakan cabaran yang penting.

“Saya yakin boleh menyumbang dan akan meletakkan kesemua tenaga saya untuk ini,” katanya memetik laporan Mirror.co.uk.

Presiden FIFA, Gianni Infantino dalam satu kenyataan berkata, pengalaman, pengetahuan dan minat Wenger yang mendalam untuk aspek yang berbeza dalam permainan meletakkan dirinya sebagai sebahagian daripada salah seorang personaliti yang paling dikagumi dalam bola sepak.

Wenger meninggalkan Arsenal pada 2018 selepas memimpin kelab di utara London itu selama 22 tahun.

Bekas pengurus berusia 70 tahun itu baru-baru ini dikaitkan dengan jawatan pengurus Bayern Munich susulan pemecatan Niko Kovac.

Bagaimana pun Wenger mengesahkan kelab gergasi Jerman itu menghubunginya namun mendakwa dia tidak pernah merebut untuk mendapatkan jawatan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast