SUKAN MG 🎥 | SAFAWI RASID Kongsi Rahsia “Berkat Doa IbuBapa”

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menepati ramalan selepas merangkul Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK2019) yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi malam ini.

Kejayaan peribadi Safawi turut menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu berjaya mempertahankan gelaran tersebut dengan rekod pemain paling termuda memenangi anugerah MVP yang dimenanginya pada tahun lalu.

Pemain kelahiran Terengganu yang turut dinobatkan Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Popular kini menikmati kemuncak karier selepas membantu skuad kendalian Benjamin Mora memenangi Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut.