Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof (lima kiri) dan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Nik Omar Nik Abdul Aziz (lima kanan) bergambar kenangan bersama deligasi pada Majlis Penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 NOVEMBER 2019

SEPANG – Ekoran insiden hidung  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berdarah pada sidang media di ibu negara hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, berita itu kini tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Ujarnya, perkara itu dizahirkan sendiri oleh  Mahathir ketika ditemui beliau sebelum memberi ucapan penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara, hari ini.

“Hari ini semua orang tahu tadi semasa sidang media Tun hidung berdarah sikit.

“Tun Mahathir bagitahu saya bukan sahaja rakyat Malaysia tapi satu dunia sudah tahu, dia berdarah hidung hari ini,” sambil disambut ketawa oleh Mahathir di atas pentas.

Awal hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat mengalami pendarahan di hidungnya semasa mengadakan sidang media bersama Menteri Perindustrian Utama, Teresa Kok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Dr Mahathir yang dilihat sihat hadir majlis penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA.

Sebelum itu, beliau dilihat mampu untuk berdiri tegak ketika dendangan lagu Negaraku dan Malaysia Bersih di majlis tersebut. -MalaysiaGazette