VIENNA – Bangunan yang menjadi tempat kelahiran Adolf Hitler di Austria akan dijadikan menjadi balai polis.
Menteri Dalam Negeri, Wolfgang Peschorn berkata, keputusan itu adalah isyarat yang tidak dapat disangkal bahawa harta itu tidak akan digunakan untuk memperingati nazisme.
Kedudukan bangunan itu telah menjadi pertikaian yang panjang.
Hitler telah menghabiskan beberapa minggu pertama dalam hidupnya di sebuah flat di bangunan abad ke-17 di bandar
Braunau am Inn.
Selama beberapa dekad, kerajaan telah menyewanya daripada bekas pemiliknya dalam usaha untuk menghentikan kedatangan pelancong atau pelawat.
Ia kemudian dijadikan pusat penjagaan harian bagi orang kurang upaya tetapi berakhir apabila pemiliknya Gerlinde Pommer menolak rancangan untuk menjadikan tempat itu mesra kerusi roda.
Pommer juga menolak semua tawaran kerajaan untuk membeli bangunan itu dan melakukan pengubahsuaian.
Malah, rancangan untuk menjadikan bangunan tersebut sebagai pusat pelarian pada tahun 2014, tetapi juga tidak menjadi kenyataan.
Kerajaan mengambil alih rumah itu pada 2016 di bawah perintah pembelian wajib, pada harga 810.000 euro (AS$897,000). – MalaysiaGazette