Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Gesaan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat (AMK), Hilman Idham untuk meneruskan perasmian Kongres AMK dengan menjemput Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tidak mewakili sayap parti itu.

Ketuanya, Akmal Nasah Mohd Nasir berkata, pertemuan yang dibuat Hilman di Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat AMK di Shah Alam malam tadi tidak sah kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh PKR Pusat.

“Semalam itu mungkin pandangan sesetengah pihak, tidak menggambarkan keputusan daripada AMK. Kalau lihat semalam pun yang hadir dari segi exco pimpinan pusat tak sampai 13 orang, jadi yang digambarkan exco pimpinan pusat terdiri daripada 49 orang iaitu yang dipilih dan dilantik.

“Jadi keputusan sepatutnya dibuat dalam mesyuarat. Jadi 49 inilah yang akan tentukan tiap-tiap kali mesyuarat mereka kena hadir manakala ketua biro hanya hadir memenuhi kuota.

“Saya tidak fikir itu adalah mesyuarat. Mana ada bagi notis mesyuarat satu hari dan bukan dikeluarkan oleh setiausaha,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Hilman semalam keputusan untuk mengekalkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR di Melaka pada 5 Disember ini.

Dalam sidang media malam tadi, Hilman berkata, keputusan meneruskan tradisi kongres AMK mendapat sokongan 132 daripada 196 Ketua AMK Cabang dari seluruh negara.

Membidas kenyataan itu, Akmal berkata, mesyuarat memuktadkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi Kongres Nasional Tahunan AMK 2019 telah dibuat.

“Ya (Wan Azizah akan rasmi), tiada sebarang perubahan dalam mesyuarat Biro Politik semalam pun ada ditanyakan dan anggapannya ialah itu adalah keputusan peringkat majlis pimpinan AMK,” katanya lagi.

Minggu lalu, seramai 21 Ahli Majlis Pimpinan AMK membantah tindakan sayap parti itu yang tidak mengundang Azmin untuk merasmikan kongres tahunan mereka pada 6 Disember depan.

Mengikut tradisi, kongres sayap Pemuda parti itu dirasmikan Azmin seperti kebiasaannya dijadualkan untuk merasmikannya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tradisi kekal, Azmin akan rasmi Kongres Nasional AMK – Hilman