Sesi fotografi bersama pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan anaknya, Zareef Yusof pada sidang media mengenai dakwaan pihak polis menafikan anaknya, Zareef Yusof terbabit dalam kemalangan di Simpang Empat Parit Gambut, Sungai Besar pada 11 Julai lalu di Finas Hulu Kelang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 16 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof akan mengadakan sidang media khas mengumumkan perkembangan terbaru dirinya pada 2 Disember ini.

Tujuan sidang media diadakan dikatakan ada kaitan dengan majlis perkahwinannya.

Pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Jaguh-Jaguh itu pernah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada tahun 2007.

Mereka yang bercerai talak satu pada tahun 2015 mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Vie Zara, 11; Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaara, 6.

Sejak kebelakangan ini, media melaporkan majlis perkahwinan Eizlan, 47, akan berlangsung bulan depan yang mendapat tajaan RM2 juta.

Namun semalam penerbit dan pelakon, Datuk Ziela Jalil menafikan dia bakal berkahwin dengan Eizlan.

Spekulasi itu timbul gara-gara perkongsian Instagram Story yang dimuat naik Ziela pada majlis sambutan lahir Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah, yang dihadirinya, Isnin lalu.

Antara lain, rakaman video itu menunjukkan tetamu memberi ucapan tahniah kepada Eizlan, sambil Ziela duduk bersebelahan dengan penerbit, pelakon dan usahawan kacak itu.

Berikutan itu, netizen membuat andaian Ziela adalah calon isteri Eizlan yang sebelum ini dikatakan bakal menamatkan zaman duda. – MalaysiaGazette