Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur kesilapan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) yang memaparkan bendera Malaysia berbintang lima semasa majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28 semalam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan bendera kebangsaan yang sepatutnya dihormati.

“Ini merupakan  perkara yang kita tidak suka. Bendera adalah simbol kebangsaan, justeru penganjur perlu lebih berhati-hatiuntuk memastikan yang bendera dihormati.

“saya tidak tahu sama ada keseluruhannya adalah kesilapan atau tidak tapi penganjur perlu memohon maaf dan memastikan ia tidak berlaku lagi,” katanya ketika sidang media selepas hadir majlis pelancaran buku ‘Islam and Confucianism’.

Beliau berkata demikian diminta ketika mengulas mengenai penularan klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang ditayangkan semasa lagu Negaraku dimainkan.

Ia menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, MABA kemudian memohon maaf atas kesilapan yang menjadi tanggungjawab mereka itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.