KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk kepada desakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk meminta maaf atas pemecatan bekas Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid.
Setiausaha Politik kepada Presiden PKR itu, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, pemimpin tertinggi parti tidak perlu minta maaf kerana keputusan memecat Zakaria yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu adalah tindakan lembaga disiplin parti.
Katanya, keputusan memecat Zakaria dan seorang ahli biasa PKR itu telah dibuat pada 24 November lalu oleh Lembaga Disiplin PKR berdasarkan sokongan lebih dua pertiga ahli MPP.
“Semenjak kebelakangan ini Timbalan Presiden PKR kelihatan sudah hilang adab dan cuba mengeruhkan keadaan kerana terdesak.
“Kalau sebelum ini merajuk tak dapat merasmikan Kongres AMK, kali ini hendak mendesak presiden untuk meminta maaf hanya kerana tidak bersetuju dengan keputusan parti.
“Jika Azmin sering beri alasan tidak hadir mesyuarat kerana tugas menteri, apa pula alasan lagi 19 orang ahli MPP bersamanya? Tapi bila nak berjumpa pihak pembangkang senang sahaja dipelawa ke kediaman rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama, Farhash menasihati Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu supaya membuat keputusan yang betul tanpa mengheret ahli parti ke arah keadaan sesat.
“Nasihat saya kalau dah hilang arah sila buat keputusan yang betul tapi jangan terus menyesatkan ahli parti dengan bersikap munafik.
“Saya juga minta Azmin untuk insaf sebelum kongres nasional dan lebih berhemah sebagai penjawat awam,” tegasnya.
Pagi hari ini, seramai 19 daripada 64 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR termasuk timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali menolak pemecatan Zakaria.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, mereka berpendirian bahawa pemecatan itu “tidak sah” kerana tidak melalui proses sewajarnya.
Mereka juga mendakwa pemecatan yang tidak disertakan dengan sebab pemecatan adalah tidak relevan.
Kenyataan bersama itu selain Azmin, turut diwakili dua Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Chua Tian Chang@Tian Chua, Ketua Wanita PKR Nasional, Haniza Mohamed Talha dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nasional, Hilman Idham.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Si Bang Non tu sendiri beradab ke apabila hak majoriti rakyat Islam dan Melayu sejati diperlekehkan dgn membela tindakan biadab rejim diktator D4P-LTTE membawa pulang abu bangkai ketua pengganas komunis tegar yg telah melancarkan kempen pengganasan bersenjata yg meragut jiwa ribuan rakyat yg tidak berdosa selain anggota2 pasukan keselamatan? Si Bang Non hanat ni jugalah yg memberi muka kpd pendatang2 biadab memperlekeh Perlembagaan Negara mengibarkan bendera berbau komunisme berbintang bucu lima sedangkan bintang sebenar dlm Jalur Gemilang itu berbucu 14 selain menghina ketuanan Islam dan Melayu. Adab apakah yg si badigol penjilat D4P nih maksudkan ada pada diri individu berkarakter Raja Mandeliar penderhaka ini?
PKR ni, parti beradap ke???? dari presiden yg dihukum krn liwat, timbalan presiden semburit…..BERADAB lah sangat……..
kan rafizi dah cakap hang tak caye. sampai fizi dah merajuk hang masih berebut kuasa
Semua nak tunjuk taring kan?
Seorang keras kepala.
Seorang lagi lebih kuah dari sudu.
Teruskan lah.
Kami ahli pkr pun dah meluat.
Jom keluar pkr.
SEMBURIT…#GILA KUASA….DI BANTU LAGI PARTI KAFIR…MALAYSIA BAHARU DAH JADI MALAYSIA BALA.
Pasti ada sebab yg tersurat dan tersirat mr. Presden dan yg lain2 takut nak ambil sbrang tindakan kpd mat jemin dan kuncu2 nya… Maka biarkan lah walau pun telunjuk dan mejolok mata…..
Parti yang ditubuhkan tanpa halatuju. Terhasil dari serpihan UMNO dan paling banyak menyumbang kepada perpecahan bangsa Melayu. Terdirinya atas dasar, nafsu amarah dan rakus kuasa juga kedudukan. Tiada kesan kebaikan dari tertubuh parti yang berlandaskan keuntungan pribadi dan kumpulan sendiri. Semoga terus lebur parti ini dan terhapus virus2 busuk liberal juga fenomena kaum Nabi Luth yang menzalimi diri mereka sendiri. Nauzubillah hi min Zalik. Semoga Rabul Jalil melindungi ummah Muslim di negara ini.