KUALA LUMPUR – Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha menggesa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengaku salah dan menjernihkan keadaan yang ketika ini ‘porak peranda’.
Malah kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu kepada MalaysiaGazette, beliau senada dengan Zakaria Abdul Hamid yang dipecat oleh kepimpinan pusat tanpa melalui proses keadilan seperti diperjuangkan oleh parti.
Kata Haniza, seperti yang diperkatakan Zakaria ‘sedangkan pembunuh juga akan diberikan peluang untuk membela diri terlebih, inikan pula parti yang memperjuangkan reformasi serta keadilan’.
“Saya minta MPP supaya berhenti berselindung dengan surat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walhal badan itu sudah membuat pendedahan ada sedikit kekilafan telah berlaku dalam kes Zakaria.
“Setiausaha Agung hanya memetik surat SPRM sahaja tanpa kita ketahui kandungan surat tersebut, kemudian tanpa sebarang siasatan atau peluang membela diri, mereka lakukan pemecatan itu.
“Inikah cara sebuah parti yang mengangkat dasar reformasi dan keadilan apabila yang tertuduh itu tidak diberikan peluang langsung untuk membela dirinya? Janganlah asyik berselindung dengan surat SPRM itu.
“Berjiwa besar sedikit, mengaku salah, perbetulkan salah itu. Jernihkan keadaan cepat, tidak ada salah jika mengaku silap pada pihak kepimpinan tertinggi,” katanya selepas merasmikan program ‘Back To School’ Dun Lembah Jaya anjuran bersama TAWAS.
Jumaat lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Lembaga Disiplin memecat dua anggotanya berdasarkan kepada syor SPRM.
Pemecatan itu melibatkan Zakaria selaku Ketua Cabang PKR Bera dan ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi.
Menurut Ahmad, Lembaga Disiplin PKR sebelum ini menerima sepucuk surat daripada SPRM bertarikh 23 Oktober lalu berkenaan salah laku berkenaan.
Seorang pembunuh pun diberi hak asasi, inikan pula anggota PKR – Zakaria
Bagaimanapun pemecatan itu juga mendapat tentangan daripada 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan memohon Anwar memohon maaf namun desakan tersebut tidak ‘dilayan’ olehnya.
Jelas Haniza lagi, ada baiknya sMPP segera tampil menjernihkan keadaan apatah lagi Kongres Tahunan PKR bakal berlangsung minggu depan dengan keadaan ahli serta pimpinan dalam keadaan kacau bilau ketika ini.
“Minta maaf, betulkan perkara ini dan ‘move on’ sahaja. Ini adalah masa paling sesuai untuk menyatukan padukan ahli parti lagi-lagi dengan Kongres Tahunan pada masa terdekat, cukup usah berpolitik lagi,” tegasnya. – MalaysiaGazette
Pengkhianat haram padah mampos ko
Dah agak pun Anuar tetap begitu peragai dia..
Mengapa kumpulan ini tak puas hati? Jika sprm sudah keluarkan surat dan siasatan sudah dilakukan, apakah masih ada kemungkinan ianya tidak berlaku?
Apakah kumpulan ini ingin melindungi penjenayah jijik rasuah?
Pemecatan ahli pkr tanpa diberi peluang membela diri dan tunjuk sebab jelas berbaur kronisma….Anwar VS Azmin…
Geng Kunyit VS Geng Semburit..
Saya penyokong kuat PKR…tapi sy tk suka golongan SEMBURIT jadi PM…sy rasa Rafizi layak jadi PM
Keluar parti adalah lebih baik.
Dari mula presiden, timbalan hinggalah peringkat AMT semua nak tunjuk kekuatan.
Tapi keluar parti bukan nak join umno.
Sbb kepimpinan umno terpalit dgn berbagai skandal rasuah & khianat pada negera.
Dah itu perisai nya.
Itu la manusia, xade sempurna nya, sablum berkuasa, mcm2 yg d ckp, reformasi la, keadilan la,. Tp bila dh berkuasa, haram semua yg d ckp, yg d laungkan, xpkai. Manifesto pn smua jnji tipu sja.. Klau bolih cantas, cpt2 cantas jgn kasi naik.
1.dlm usaha menjernih PKR,panggil zakaria utk memulakan proses soal jawab Iaitu prosedure dlm PKR.
2. Kalu terbukti bersalah(zakaria). Report polis dan sprm dan kekalkan pemecatan nya
3. Kalu hasil siasatan x bersalah tarik balik pemecatan Dan lembaga disipline mohon maaf sebb tindakan memecat adalah dri lembaga itu bukan Anwar yg kena minta maaf.