Kejadian tanah runtuh disebabkan hujan lebat di selatan Tamil Nadu, India semalam, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai.

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk 10 wanita dan tiga lelaki terbunuh dalam kejadian tanah runtuh disebabkan hujan lebat di selatan Tamil Nadu, India semalam, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai.

Kejadian berlaku di kampung Nadur berhampiran Mettupalayalam di daerah Coimbatore, kira-kira 502 kilometer barat daya Chennai, ibu kota Tamil Nadu.

“Pagi ini 15 orang (10 wanita, tiga lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki) maut selepas rumah mereka runtuh ekoran hujan lebat. Pasukan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa,” kata seorang pegawai kanan pengurusan bencana di Coimbatore ketika dihubungi.

Kejadian turut mencetuskan panik di kalangan penduduk.

Menurutnya, anggota pasukan tindak balas bencana, polis dan bomba ke lokasi kejadian untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat.

“Sebahagian daripada mayat mangsa telah ditemui dan usaha mencari mangsa lain masih diteruskan. Dipercayai ketika kejadian penghuni rumah sedang nyenyak tidur,” kata pegawai itu.

Pada Ahad hujan lebat menjejaskan kebanyakan kawasan di Tamil Nadu dan Puducherry menyebabkan banyak kawasan digenangi air.- BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.