Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan), Waytha Moorthy bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Senator P. Waytha Moorthy berpendapat semua pihak tidak harus membesarkan isu yang mengaitkan abu suci yang dipakai di dahi RSN Rayer adalah abu mayat Chin Peng.

Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau difahamkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman telah menarik balik kenyataan itu.

Sehubungan itu, perkara tersebut tidak seharusnya dipertikaikan lagi atas semangat perpaduan.

“Itu satu (perbuatan) yang tidak patutlah.. kita dalam negara yang sekian lama hidup bersatu padu.

“Benda ini (pemakaian tanda abu suci) bukan benda baharu. Kita sentiasa melihat penganut Hindu sentiasa memakai abu suci di dahi apa yang dipanggil sebagai ‘vibuthi’ dalam Tamil.

“Itu hak mereka dan bukan suatu terasing..yang sengaja dikaitkan dengan abu yang sudah mati tidak sepatutnya berlaku.. Kalau dia sudah tarik balik tidak mengapalah.kita biarkan atas semangat perpaduan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini.

Tambah beliau, perkara itu tidak sepatutnya dibesarkan atau dipertikaikan lagi memandang itu sudah disedari wakil rakyat itu dan menarik balik kenyataan tersebut.

BACA: Tajudddin digantung dua hari gara-gara soalan adakah abu Chin Peng di dahi Rayer

BACA: Tajuddin ditegur MIC isu abu di dahi

“Dia sudah tarik balik, saya tidak ada butiran terperinci atau maklumat apa sebab dia (Tajuddin) digantung dua hari dari hadir ke Sidang Dewan Rakyat.

“Kamu semua tahu kan kadang kadang orang akan cakap bertutur atas keterujaan dan persidangan Dewan Rakyat sentiasa sibuk dengan isu-isu dan satu negara menonton.

“Kalau dia sudah tarik balik (kenyataan abu) dan sudah meminta maaf,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.