KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak (BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ‘ditegur’ oleh MIC kerana ‘menghina’ kepercayaan penganut Hindu yang mencalit abu atau vibuthi di dahi.

Walaupun Tajuddin hanya sekadar bertanya tentang vibuthi di dahi Ahli Parlimen Jelutong (DAP), RSN Rayer adakah abu bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), Chin Peng telah menghina masyakat India yangb beragama Hindu di negara ini.

Menurut Setiausaha Penerangan MIC Pusat merangkap Ketua Biro Muafakat Nasional, A Subash Chandrabose, tindakan Tajuddin akan mencetuskan rasa marah serta kecewa dalam kalangan penganut agama Hindu.

“Kita kini dalam proses membaik pulih persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Janganlah kamu burukkan keadaan lagi bak kata ‘menuang minyak tanah dalam api’.

“Ini hanya akan memudaratkan kita secara keseluruhan apatah lagi seandainya sokongan masyarakat India juga kini mula beralih arah kepada BN.

“Sebagai Ahli Parlimen yang telah lama bergelumang dengan dunia politik berbilang bangsa ini, sepatutnya beliau sudah boleh menghormati kepercayaan, budaya dan agama masing-masing.

“Perbuataan ‘bergurau senda’ tentang isu yang menyentuh sensititiviti perkauman seperti ini perlulah dielakkan seboleh mungkin,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Rayer mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sama ada kementerian itu bersetuju memasukkan tokoh politik Pakatan Harapan seperti Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal singh dalam silibus Sejarah.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Pada masa itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang menepuk meja sambil berkata `komunis! komunis! komunis’.

Tajuddin kemudian mencelah bertanya Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.

Ini menyebabkan beberapa wakil rakyat kerajaan berdiri termasuk Ahli Palimen Batu Kawan, P Kasthuriraani meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu kerana  menghina penganut agama Hindu.

Rayer berkata, Barisan Nasional suka membangkitkan isu perkauman menyebabkan beberapa wakil rakyatnya berdiri mengatakan dakwaan Tajuddin bersifat individu dan tidak mewakili parti berkenaan.

Tajuddin kemudian menjelaskan beliau bertanya soalan itu kerana tidak mahu Rayer dituduh menggunakan abu mayat Chin Peng didahinya.

Subash yang juga Exco Pemuda MIC Kebangsaan turut mengingatkan bahawa Ahli Parlimen merupakan platform yang digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukan sebaliknya.

“Parlimen adalah untuk melakar polisi, membawa isu rakyat, negara, usul sesuatu permasalahan selain mencari penyelesaian bagi perkara yang membabitkan rakyat.

“Tolonglah, tolonglah berbahas dengan fakta bukan emosi. Bahaslah dengan logik akal demi rakyat dan untuk rakyat.

“Jangan sehingga ada keperluan untuk memalukan kaum, kepercayaan, agama seseorang itu. Itu sangat tidak baik dan langsung tidak menunjukkan sifat seorang pemimpin.

“Muafakat sebenarnya akan terbentuk jika kita memahami dan menghormati sesama kita terlebih dahulu,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Tajudddin digantung dua hari gara-gara soalan adakah abu Chin Peng di dahi Rayer

1 Komen

  1. Saya org perak dan berugama islam kecewa dgn tindakan pasiir salak dgn menyentuh isu keugamaan mlh mempersendakan dewan dgn meminta tambah hukuman dianggap sbg perkara guruan yg tdk wajar. Malaysia skrg sdg berdepan dgn berbagai2 masaah dan jgnlah ditambah masaalah lagi…tolong lah..

Comments are closed.