TERKINI : Semua Salah BN “Sebenarnya PH Tak Tahu Takbir Negara” – Noraini Ahmad

Pihak tertentu berjaya mengambil kesempatan mencetuskan huru hara dalam negara termasuklah membawa masuk abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng akibat kelemahan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan, kata Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad.

Beliau juga beberapa insiden yang turut mencetuskan kemarahan rakyat baru-baru ini menerusi n imej Jalur Gemilang yang mempunyai bintang pecah lima dan warna bendera kebangsaan yang ditukar kepada hitam putih.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, tindakan ini berpunca daripada sikap toleransi tinggi dan ketiadaan tindakan tegas daripada kerajaan sehingga ada yang sanggip menghina salah satu simbolik kepada negara.