TERKINI : Wan Azizah Mengaku “PKR Ada Banyak Agen Provokatif”

Selepas beberapa insiden yang berlaku pada hari kedua Kongres Nasional PKR hari ini, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti yang ditubuhkan beliau kini mungkin mempunyai ramai yang bersifat provokatif.

“Kita ada banyak agen provokatif. Saya tidak tuduh sesiapa biar polis yang jalankan siasatan,” katanya dalam sidang media selepas program penutup Kongres Bersama antara Wanita dan AMK, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.