Gelagat seorang perwakilan semasa hari terakhir Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 08 DISEMBER 2019

ADAKALANYA kita jadi simpati pada PKR. Perjuangan awal mereka terutama sewaktu era reformasi bukan mudah.

Berapa ramai yang kena tangkap, berapa ramai yang makan asap pemedih mata FRU, berapa ramai yang makan penerajang dan cota, yang kena sumbat dalam lokap dan penjara jangan cerita.

Salah seorang mereka adalah Tian Chua, sampai berbaring depan trak polis punya berjuang demi bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baju koyak rabak ni dah jadi benda biasa.

Tetapi hari ini Tian Chua kena ‘boo’ gila-gila depan ahlinya sendiri, gara-gara dilihat dalam kem Datuk Seri Azmin, bukan lagi dalam kem Anwar seperti sebelumnya.

Azmin jangan ceritalah, semalam kena kecam sampai merah padam sampai dia terpaksa ‘blah’ tinggalkan dewan konvensyen, hari ni ketika majlis nak tutup, dia terus ‘check out’ dan tak muncul-muncul lagi.

Kerusi Azmin yang ditempatkan di antara Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Pengerusi Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kosong.

Hanya Tian Chua dilihat mewakili kem Azmin, pagi ini.

Kelibat dua lagi Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dan Ali Biju juga tidak kelihatan.

Malah kerusi-kerusi yang seharusnya diisi para perwakilan dilihat kosong yang kemudiannya diisi oleh golongan pemerhati sedangka mereka tidak mempunyai pas rasmi.

Betul kata orang, ujian paling besar bukanlah hendak mencapai kemenangan tetapi bagaimana nak menguruskan kejayaan.

Apa yang berlaku kelmarin, semalam dan hari ini ternyata adalah titik-titik kehancuran PKR.

Apa boleh buat, mereka dari dulu memilih untuk berjuang melalui amarah dan jalan raya, kini perasaan amarah dan jalan raya juga telah memakan diri mereka sendiri.

Sayang, mereka yang dulu dianggap ‘fighter’, kini mereka adalah ‘looser’ di mata penyokong sendiri.

Sesungguhnya ini bukanlah harga sebuah kemenangan, ini adalah musibah satu pengkhianatan.

Pahit, tetapi terpaksa dan perlu ditelan! – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Party yg memecah belahkan orang Melayu kerana agenda perjuangan utk seorang individu

Comments are closed.