KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedia berhadapan dengan tindakan dipecat dan rela dikorbankan demi parti.
“Kalau kami nak dipecat, saya dan Azmin sudah bersedia, kami rela dikorbankan demi parti ini kerana kami berniat ikhlas hendak membawa parti ke arah landasan betul.
“Kalau ini presiden merasakan Keadilan sangat gah hebat dengan 50 ahli Parlimen yang dimilikinya tapi pengurusan parti dari atas ke bawah sudah carca marba.
“Maka siapa yang nak disalahkan atas segala situasi teruk yang tercetus dalam parti ketika ini dan saya tahu ucapan saya malam ini sedang direkodkan di sini. Saya mahu presiden (Anwar) dengar,” katanya di hadapan lebih 5,000 hadirin di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di ibu negara malam ini.
Dalam ucapannya itu, Zuraida yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah dan mendapatkan kebijaksanaannya kembali meletakkan parti pada landasan yang betul dan kukuh.
Katanya, beliau telah menjalankan tanggungjawabnya menegur pemimpin partinya daripada perkara-perkara yang mengaibkan yang tidak boleh diceritakan secara terbuka.
“Saya sudah menjalankan tugas saya dan itu cukup untuk saya tidak mahu dipersoal di akhir akhirat nanti apabila kamu tahu kamu masih biarkan berlaku. Biar kita mati dalam kebaikan daripada keburukan,” ujarnya lagi.
Zuraida juga menegaskan jika dibandingkan dengan Setiausaha Agung parti itu, dirinya mempunyai trek rekod yang lebih menyerlah sambil menyelar Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak berani bertanding sebab ketiadaan pengikut.
Dakwa beliau, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu menjadi Setiausaha Agung PKR atas belas kasihan sedangkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu hanya layak menjadi ahli sukan atau pegawai khas jawatan semasa yang disandang dalam parti.
Katanya, beliau pernah menegur Anwar bahawa pemimpin itu melantik Setiausaha Agung yang tidak boleh membawa 10 orang ke mahkamah untuk menyokong presiden parti semasa berdepan pengadilan mahkamah sehingga memberikan kawasan Parlimen Kulim yang kini sudah jahanam.
“Dia menang Parlimen pun bernasib baik kerana itu pun dia tamak nak dua kerusi kerana kalau gagal Parlimen dia nak Pulau Jerjak nak jadi Timbalan Ketua Menteri. Ini orang tamak,” katanya. -MalaysiaGazette
Korang semuanya tamak,tamak nk jadi pm,dan ko tu zuraida,tahu pun kata lbih baik mati dalam keadaan baik daripada mati dlm keadaan buruk,nak gadai harta negara dgn menjual aset sprti rumah kepada waganegara luar tu baik ke? Jual mahal2 smpaikan rakyat negara sendiri tak mampu beli tp kemudian pi jual ke rakyat luar? Bodoh
Ni azmin sdhlh mngampu nmpk sgt yg gil a kuasa skrg mulh semburit. Knyataan yg mngampu rakyatpun mulh….. Tndaktnduk yg mmcurigakan mu jugalh
Aku dari mula PKR hidup… mmg dah geli geleman dgn korang ahli-ahli PKR 🙂
Mana yg lebih baik … Al’Juburi atau Semburit untuk memimpin PKR!!???
Memang PKR Ketandusan PEMIMPIN!!!????
Nenek tua ni memang cakap besar ingat dia kuat sangat. Zuraidah geng pengkhianat jgn terlalu kepala besar sampai pijak presiden parti sendiri. Kita tak sabar tengok Ko di hukum kelak.