Pelakon, Zul Ariffin memenangi Kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Gandingan Serasi Filem pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pelakon Zul Ariffin di laman Twitter tular sejak malam tadi.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan aksi lelaki berbadan sasa itu dalam keadaan berbaring sambil menunjukkan alat sulitnya.

Lelaki berkenaan dipercayai sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.

Spekulasi mula timbul apabila ramai yang terkejut dengan video berkenaan dan ada peminat yang mula menyerang akaun Instagram Zul untuk mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati akaun Instagram Zul Ariffin telah dinyahaktifkan.

Pada tahun 2018 Instagram Stories Zul Ariffin telah digodam dan gara-gara itu tersebar gambar kemaluan yang sehingga kini masih tidak diketahui siapakah pemilik sebenarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast