TERKINI : Suasana Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019

KL Summit 2019, bertema ‘Peranan Pembangunan dalam Akses Kedaulatan Negara’, memasuki tahun ke-lima penganjuran, telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Sidang kemuncak kali ini bertujuan berbincang dan mencari jalan penyelesaian baharu lagi berkesan bagi menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi dunia Islam selain menyumbang ke arah meningkatkan kesejahteraan umat Islam serta negara-negara Islam secara umum.