Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menjalankan kajian mengenai diskaun tanpa tuntutan (NCD) motor untuk memupuk tingkah laku pemanduan yang baik dan menggalakkan keselamatan jalan raya

Kementerian Kewangan berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama industri insurans dan takaful sedang
membangunkan beberapa cadangan untuk fasa Liberalisasi Tarif Motor dan Tarif Kebakaran yang disasarkan untuk separuh kedua tahun 2020.

Ini sebahagian daripada usaha pembaharuan untuk mempertingkatkan kemampanan, serta memelihara kestabilan pasaran insurans dan takaful secara menyeluruh.

Usaha bersama pelbagai pemegang taruh ini merangkumi kajian struktur NCD supaya memberikan fleksibiliti dan tanggungjawab yang lebih besar kepada semua pihak bagi menggalakkan pemanduan yang lebih selamat dengan memberi
ganjaran untuk tingkah laku baik di jalan raya.

Menurutnya, usaha ini juga sejajar dengan Rancangan Keselamatan Jalan 2014-2020 oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bermatlamat mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan serius sebanyak 50% menjelang 2020.

Liberalisasi berfasa Tarif Motor yang bermula pada 1 Julai 2016, telah memperkenalkan dua perubahan penting.

Perubahan tersebut ialah kebolehubahan untuk penanggung insurans dan pengendali takaful untuk menawarkan produk baharu motor dan perlindungan tambahan yang tidak ditetapkan di bawah tarif sebelumnya, serta kebolehubahan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful untuk menetapkan harga premium bagi produk Motor Komprehensif, dan produk Kebakaran dan Kecurian Motor Pihak Ketiga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast