Kakitangan beberapa syarikat milik kerajaan dipercayai masih lagi menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kewangan untuk kelulusan bagi pembayaran bonus.
MOF

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengeluarkan soalan lazim mengenai pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital diimport yang akan bermula pada 1 Jan 2020.

Dalam helaian soalan lazim yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu berkata, kadar cukai tersebut akan bermula pada enam peratus ke atas pihak penyedia perkhidmatan digital.

“Semua hasil cukai perkhidmatan akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

“Hasil tersebut akan digunakan untuk membiayai aktiviti pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seperti menambah baik kemudahan infrastruktur jalan raya, kesihatan dan pendidikan yang tentunya dapat terus menyokong pembangunan ekonomi yang mapan dalam jangka panjang,” kata MOF.

Antara contoh perkhidmatan digital yang dikenakan cukai ialah kandungan digital, perisian program, perkhidmatan pengurusan data elektronik dan perkhidmatan pengiklanan dalam talian.

Kementerian itu juga berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menyediakan garis panduan soalan lazim berkaitan cukai perkhidmatan digital diimport.

“JKDM turut akan menjalankan “roadshow” (jerayawara) di dalam dan luar negara bagi tujuan penyampaian maklumat serta pendaftaran awal syarikat yang berkaitan dengan perkhidmatan digital,” kata kementerian itu.

Bagi maklumat lanjut, boleh hubungi pusat panggilan Kastam di talian 1300-888-500 untuk sebarang pertanyaan tentang cukai digital.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast