Uncle Kentang berkongsi gambarnya dalam media sosial ketika mahu mandi di Hentian Rawat dan Rehat (R & R) di Lebuh Raya Kesas hari ini.

KUALA LUMPUR – Jika dulu, Datuk Seri Jamal Yunos memakai tuala di depan SUK Selangor gara-gara masalah gangguan bekalan air di Selangor.

Perbuatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu kali ini dilakukan oleh Uncle Kentang pula.

Akibat tiga hari mengalami masalah bekalan air, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng memakai tuala sebagai tanda protes.

Presiden Kepolisan Masyarakat itu berkongsi gambarnya dalam media sosial ketika mahu mandi di Hentian Rawat dan Rehat (R & R) di Lebuh Raya Kesas hari ini.

Menerusi gambar yang disiarkan dalam akaun Facebook miliknya, Chee Heng dilihat memegang berus gigi, ubat gigi dan sabun mandi. Kemungkinan beliau mahu menumpang mandi di R&R tersebut.

“Saya bukan Jamal Sekinchan. Saya apek Cina Ah Kuan. Sudah tiga hari tak ada air. Entahlah nak salah siapa. Sedih dan amat kecewa.

“Syabas kata (Air Selangor) entah bila nak resume supply. Mereka sedang usaha. Tapi tak berani janji bila. Jawab macam tak jawab. Rakyat terpinga-pinga sekali lagi,” kata Chee Heng. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast