Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Indeks Utama (LI) meningkat 1.5 peratus pada Oktober 2019 berbanding 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, peningkatan tertinggi sejak April 2018.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, LI yang digunakan untuk meramal hala tuju ekonomi Malaysia telah meningkat pada Oktober 2019, berkembang sebanyak 1.4 peratus kepada 120.3 mata berbanding 118.6 mata pada September 2019.

“Ini merupakan peningkatan tertinggi sejak April 2018.

“Ekonomi negara dijangka mengalami pertumbuhan yang lebih baik pada Februari hingga April 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Uzir, salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan tersebut adalah import sebenar bahan metal (0.9 peratus) yang disumbang terutamanya oleh import aluminium dan besi berasaskan platinum.

Faktor penyumbang lain adalah import sebenar semikonduktor (0.4 peratus) yang disokong terutamanya oleh import komponen elektronik bersepadu, sejajar dengan peningkatan jualan global semikonduktor. – MalaysiaGazette