Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Polis diraja Malaysia akan terus berunding dengan kerajaan untuk mendapatkan peruntukan besar bagi membolehkan warganya menikmati kemudahan rawatan perubatan di hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, angkatan tentera tidak mempunyai masalah atau sebarang kekangan menawarkan perkhidmat kesihatan kepada warga polis.

Bagaimanapun katanya, peruntukan kewangan merupakan kekangan untuk ATM menyediakan kemudhanan dan infrastruktur di empat buah hospitalnya itu.

“Beberapa perkara telah dijanjikan ATM akan dibincangkan selepas ini dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh PDRM dan terutama sekali perkhidmatan rawatan hospital ATM.

“Walaupun nampak agak sukar, disebabkan beberapa isu, khususnya peruntukan kewangan. InsyaAllah saya akan terus berunding dengan pihak kerajaan supaya warga PDRM mendapat manfaat daripada perkhidmatan terbaik yang diberikan hospital tentera dan dapat dikongsikan kepada semua anak buah saya.

“Sekiranya isu peruntukan ini dapat diatasi maka saya yakin anak anak PDRM saya ini akan bermanfaat dengan tahap perkhidmatan rawatan berkelas tinggi yang ada di hospital tentera,” katanya pada sidang media di tBukit Aman pagi ini.

Terdahulu beliau menerima lawatan kerja rasmi terakhir Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Mengulas mengenai lawatan itu katanya, kedua-dua pasukan keselamatan itu saling menghormati dantidak boleh dipisahkan sejak sekian lama.

Zulkifli pula memanjangkan kesyukuran sempena lawatan rasmi terakhir itu disusuli majlis perbarisan ringkas oleh polis sebelum bersara tidak lama lagi.

Ditanya mengenai perbincangan hari ini, Hamid Bador berkata, ATM telah menulis surat kepada PDRM menggariskan beberapa halangan tertentu khususnya melibatkan peruntukan untuk mengendalikan hospital tentera yang menelan perbelanjaan tinggi.

Katanya, selama ini ATM telah menggunakan peruntukan yang ada untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik dan cemerlang kepada warga tentera.

“Saya harap kalau PDRM mintalah jika dikongsikan kemudahan kesihatan untik manfaat pegawai dan anggota kami, sangat bagus maka saya akan terus berunding dengan kerajaan untuk mendapatkan peruntukan itu.

“Di pihak ATM menang jelas mereka tidak ada halangan untuk melaksanakan seperti yang diharapkan polis cuma peruntukan yang menjadi kekangan utama kami,” katanya lagi.

Ditanya berapa banyak jumlah peruntukan yang diperlukan PDRM, Hamid berkata, jumlahnya besar memandangkan rawatan di beberapa hospital tentera di Kem Terendak, Melaka; Kem Kinrara, Lumut dan Hsopitakl Tunku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur berkelas tinggi.

Ujarnya, beliau akan berusaha merayu kerajaan untuk mendapatkan peruntukan itu memandangkan ATM bersedia menawarkan kepakaran doktor mereka untuk merawat warga polis.

Sementara itu, Abdul Hamid  memberitahu, polis banyak menerima tawaran untuk menempatkan pegawainya di institusi akademik ATM.

“Panglima sangat berkelayakan tinggi dalam aspek ketenteraan beserta kelulusan, sebab itu beliau merupakan Naib Canselor (Universiti Pertahanan Nasional).

“Segala elemen yang diprogramkan dalam semua kursus ketenteraan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh polis demi memantapkan keselamatan dalam negeri,” katanya.

Dalam pada itu Zulkifli berkata,ATN juga memerlukan peruntukan tambahan di hospitalnya bagi menambah baik perkhidmatan rawatan.

“Lagipun nisbah atau purata doktor dengan pesakit dalam aspek penyediaan rawatan sehari juga perlu diambil kira dalam hal ini dan perlu diselaraskan sebelum membolehkan akses warga polis untuk rawatan ke premis kami,” katanya. -M alaysiaGazette