Deutsche Bank

FRANKFURT – Bank-bank di seluruh dunia sedang mengurangkan jumlah pekerja terbesar dalam tempoh empat tahun untuk mengurangkan kos disebabkan ekonomi yang perlahan, selain menyesuaikan diri dengan teknologi digital.

Pada tahun ini, lebih daripada 50 bank telah mengumumkan rancangan untuk mengurangkan 77,780 pekerja, angka paling banyak sejak 91,448 orang pekerja dibuang pada tahun 2015.

Bank-bank di Eropah, yang menanggung beban tambahan faedah negatif untuk tahun-tahun akan datang, menyumbang hampir 82% daripada jumlah keseluruhan.

Pada tahun ini, lebih daripada 50 peminjam telah mengumumkan rancangan untuk memotong 77,780 pekerjaan, yang paling banyak sejak 91,448 pada tahun 2015.

Pengurangan pada tahun 2019 ini meningkatkan pemotongan pekerja lebih daripada 425,000 dalam tempoh enam tahun yang lalu.

Malah, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana banyak bank mengurangkan kakitangan tanpa mendedahkannya.

Morgan Stanley adalah syarikat terbaharu mengumumkan pelanĀ  kecekapan akhir tahun, mahu mengurangkan kira-kira 1,500 pekerja, menurut sumber.

Ketua Pegawai Eksekutif, James Gorman memaklumkan pengurangan ini mencakupi kira-kira 2% daripada tenaga kerja bank itu.

Angka-angka tahun ini juga menyaksikan kelemahan bank-bank Eropah memandangkan ia adalah sebuah ekonomi yang berorientasikan eksport, menghadapi perselisihan perdagangan antarabangsa, selain kadar faedah negatif menjejaskan pendapatannya.

Tidak seperti di Amerika Syarikat, yang mana program-program kerajaan dan kadar peningkatan membantu bank-bank melonjak semula dengan cepat selepas krisis kewangan.

Tetapi, bank-bank di Eropah masih berjuang untuk mendapatkan semula kedudukan mereka dengan mengurangkan kakitangan dan menjual perniagaan untuk melonjakkan keuntungan.

Deutsche Bank AG adalah bank terbesar Jerman yang mendahului senarai untuk mengurangkan 18,000 orang pekerja pada tahun 2022.

Bank ini mungkin mengumumkan pelan pengurangan kakitangan tahun depan.

Pengurus kekayaan Switzerland, Julius Baer Group Ltd juga sedang menimbangkan pengurangan pekerja kerana mahu menurunkan kos kerana persaingan yang semakin meningkat dan margin yang lebih ketat.

Banco Bilbao Vizcaya Argentaria SA dari Sepanyol mahu mengurangkan pekerja dalam perniagaan penyelesaian pelanggannya dan mungkin memperluaskannya, menurut laporan media. – MalaysiaGazette