Seorang pengemis tidak mengendahkan dirinya daripada hujan semasa tinjauan lensa di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR : Bayangkan bangun dari tidur setiap pagi dengan merasa badan dan tulang lenguh dan sakit kerana telah bermalam sekali lagi di kaki lima atau di bangku yang sejuk di pinggir padang awam atau di tepi jalan. Selepas itu terus merasa lapar dan mula mencari tempat yang boleh mensaji sarapan percuma.

Begitulah sebahagian rutin harian bagi ratusan atau mungkin ribuan rakyat Malaysia yang berhadapan dengan keadaan ketidaktentuan tempat tidur dan makanan sepanjang hari dalam hidup mereka.

Merekalah yang disebut sebagai golongan gelandangan. Ke mana mereka harus pergi? Mereka boleh merayau-rayau di lorong mencari sisa-sisa makanan namun mereka boleh seluk kocek atau ragut duit orang lain, kemudian dibelasah dan dicampakkan ke dalam jel.

Adakah itu yang kita mahu? Sementara itu, terdapat juga kanak-kanak gelandangan yang mengikut ibu-bapa mereka berkeliaran di merata-rata tempat, termasuk di ceruk-ceruk gelap, tanpa menghirau soal persekolahan dan masa depan mereka.

Mengambil kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur sebagai contoh, di sekeliling kanak-kanak ini, di antara lain, ialah gedung-gedung dan bazar membeli-belah, kedai-kedai makan, pasar basah, hotel-hotel murah, pusat-pusat rekreasi untuk dewasa serta sarang pelacuran dan dadah.

Budak-budak ini tiada padang permainan seperti yang terdapat di kebanyakan taman-taman perumahan.

Tiada juga tempat-tempat penjagaan kanak-kanak, di mana budak yang masih bayi atau di peringkat pra-sekolah diberi penjagaan yang baik ketika ibubapa mereka pergi mencari nafkah.

Sering kedengaran suara-suara kelaparan, tangisan sedih dan sakit dan tengking-menengking kerana kesempitan wang dan tiada makanan harian.

Dengan persekitaran sedemikian saban hari sejak lecil, tidak mustahil kanak-kanak di Chow Kit dan tempat-tempat lain yang senasib dengannya – membesar dengan perwatakan agresif, berani mati, dan tiada hormat kepada undang-undang dan tiada wawasan bagi masa depan. Hendak ada wawasan macama mana kalau membesar di tepi jalanan.

Jangan fikir dengan pertumbuhan dan pembangunan pesat di sekitar negara, lebih-lebih lagi di ibu kota dan beberapa pusat pertumbuhan di Lembah Klang, tiada insan yang hidup menderita dan merana dalam kemiskinan.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, begitulah hidup seharian di beberapa tempat di kota, seperti di Chow Kit dan juga sekitar kompleks Kota Raya dan Cahaya Suria di Jalan Tun Perak.

Apapun, di sinilah kediaman mereka, di sinilah tempat mereka hidup dan mati, di sinilah syurga dan neraka duniawi mereka.

Seorang pengemis tidak mengendahkan dirinya daripada hujan semasa tinjauan lensa di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang pengemis wanita menolak barang-barang yang terpakai menggunakan troli semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang lelaki berkalinan upaya (oku) berkerusi roda meminta sedekah di khalayak orang awam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
Seorang wanita warga emas berjalan sambil menarik beberapa kotak yang terpakai semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang wanita memberikan wang ringgit sebagai derma kepada peminta sedekah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang warga emas duduk berhampiran dengan perhentian bas untuk meminta sedekah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang warga emas berekerusi roda meminta sedekah dikhalayak orang ramai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Kelihatan seorang kelainan upaya menggunakan kerusi roda untuk bergerak semasa tinjauan lensa Malaysia di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Gelagat seorang pengemis ketika meminta sedekah dikhalyak orang ramai ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Wajah sunggul yang ditunjukkan oleh seorang emas kurang upaya ketika berjalan meminta sedekah dikhalayak orang ramai semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang lelaki warga emas meminta sedekah pada pengguna jalan raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang pengemis wanita mengeluarkan botol-botol yang terpakai selepas dikutip pada tong sampah semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang pengemis wanita menolak barang-barang yang terpakai menggunakan troli semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Kelihatan gelagat seorang gelandangan memeluk seekor kucing semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Kelihatan gelagat seorang gelandangan memeluk seekor kucing semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI

 

Seorang gelandangan mencari pakaian dan barangan yang terpakai di bahagian logokan sampah sebagai sumber rezekinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Hawa bersama kucing perliharaannya yang dinamakan “Otai” ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Hawa bersama kucing perliharaannya yang dinamakan “Otai” ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Gelagat dua orang kanak-kanak bersama roket kertas masing-masing semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Reaksi ceria kanak-kanak gelandangan bermain roket kertas semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Kanak-kanak gelandangan meluangkan masa menonton kartun pada telefon pintar semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang ibu mengemaskan troli anaknya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Gelagat seorang kanak-kanak gelandangan sewaktu gambarnya dirakam semasa tinjaun lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang kanak-kanak gelandangan berlari semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur . foto AFFAN FAUZI
Seorang ibu bersama dua anaknya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang ibu bersama tiga anaknya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Seorang ibu menyuapkan anaknya sekeping roti semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Ibu-ibu bersama anak-anak mereka berehat dibahu jalan raya semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Gelagat dua orang kanak-kanak sewaktu gambarnya dirakam di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Sebahagian gelandangan duduk menjamu selera di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Sebahagian gelandangan di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Kelihatan dua orang kanak-kanak bermain telefon pintar di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Gelagat seorang kanak-kanak gelandangan sewaktu berehat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Sebahagian gelandangan duduk berehat dan baring di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Kelihatan dua orang kanak-kanak bermain telefon pintar di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Kelihatan dua orang kanak-kanak bermain telefon pintar di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Kelihatan seorang gelandangan tidur merehatkan diri di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Sebahagian gelandangan duduk berehat dan baring di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Kelihatan seorang gelandangan tidur merehatkan diri di kaki lima semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI