Ahmad Khusairi Yahaya,

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, sebagai Pengarah Bahagian Siasatan baharu berkuat kuasa 24 Disember 2019.

Sebelum ini Ahmad Khusairi adalah Pengarah Bahagian Perisikan.

Beliau menggantikan Datuk Seri Simi Abdul Ghani, 60, yang bersara wajib pada tarikh sama setelah berkhidmat selama 36 tahun bersama Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM bermula sebagai Pegawai Siasatan pada 1983.

Ahmad Khusairi Yahaya, 52, yang memulakan kerjaya sebagai Pegawai Siasatan pada 1992 sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abd Aziz Aban

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Datuk Abd Aziz Aban, 55, pula dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perisikan bagi menggantikan Ahmad Khusairi berkuat kuasa tarikh sama.

Abd Aziz sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pengarah SPRM Kelantan dan Pengarah SPRM Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.