KUALA LUMPUR – Sebuah filem bertaraf Hollywood yang mengisahkan lagenda naga di Tasik Chini akan dihasilkan menerusi ilham pengarah Pveeze Zain.
Filem tersebut yang diadaptasikan berdasarkan idea daripada mitos yang begitu popular oleh orang dulu-dulu mampu menjadi sebuah filem yang diyakini mampu menembusi Box Office.
Kisah naga yang diceritakan turun temurun itu telah mendorong beberapa penggiat seni sebelum ini untuk dijadikan filem menerusi genre tersendiri.
Seniman Allahyarham Nordin Ahmad juga pernah mengarahkan filem tersebut sekitar tahun 1966.
Bagaimanapun menerusi dekad baharu, seorang Pengarah Mohd Raffi Hussain mempunyai tekad untuk menghasilkan karya melalui penceritaan yang lebih moden namun, hasrat itu tidak tercapai selepas beliau dijemput mengadap ilahi.
Hasrat Allahyarham Mohd Raffi tidak terkubur kerana tiga tahun selepas itu seorang penggiat seni Pveezi Zain cuba untuk meneruskan impian Allahyarham tetapi tergendala ekoran beliau menghadapi beberapa masalah teknikal.
Tahun 2020 yang baru sahaja membuka tirai telah menyemarakkan semangat Pveezi untuk bangkit dan seterusnya menerbitkan filem berkenaan tidak lama lagi.
Pveezi berkata, filem itu akan diterbitkan bersama Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) dengan mendapat pembiayaan daripada RSB Investment.
Pengerusi PGDM, Datin Seri Harnie Mohamed berkata, beliau tertarik untuk berkerjasama dalam menerbitkan filem itu selepas filem yang akan dihasilkan mendapat tarikan syarikat produksi Hollywod.
Katanya, langkah itu bertepatan dengan misi dan visi pertubuhannya di mana pembikinan filem berkenaan 90 peratus akan menggunakan teknologi Visual Effect (VFX).
Manakala, RSB Investment bertindak sebagai ‘funder’ bagi penerbitan filem itu.
Wakil RSB, Mahadi Mohamed Nor berkata, filem yang bakal terhasil itu dilihat mempunyai kelebihannya tersendiri berbanding filem lain di negara ini.
Ujarnya, filem berkenaan juga berjaya menarik minat syarikat produksi yang pernah memenangi anugerah Oscar yang berpengkalan di Los Angeles.
Dalam pada itu menurut Pveezi, beliau telah dijemput ke Los Angeles bagi sesi “pitching” di sana.
Katanya lagi, jika semuanya berjalan lancar filem tersebut akan memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini dengan mengambil masa penggambaran selama lebih tiga tahun.
Tambah beliau, pembikinan filem itu akan menelan belanja hanpir AS$25 juta yang mana cadangan pelakon asal filem berkenaan iaitu pelakon Jackie Chan, Rajinikanth dan ramai lagi.
“Saya berharap hasil karya ini setaraf filem Hollywod yang lain,” ujar Pveezi. – MalaysiaGazette