KUALA LUMPUR – Selepas insiden termakan mi segera goreng ‘berlauk cicak’ yang disiarkan MalaysiaGazette pada minggu lalu, lagi insiden sama berlaku.

Kali ini, kes termakan lauk cicak dipercayai berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak.

Menurut Nur Shazwanie, kejadian berlaku kepada sepupunya yang mengambil hidangan rendang bersama lemang di salah satu premis.

“R&R Tapah.. tak jaga kebersihan.. dalam rendang ada cicak.. macam mana korang buka kedai?

“Kebersihan tak jaga? Sibuk dengan larangan merokok .. benda lain tak pergi tengok ke? Sepupu aku dah termakan ekor cicak!,” katanya di Facebooknya.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Jumaat lalu.

Facebook Nur Shazwanie

Nur Shazwanie mendakwa, makanan itu turut dimakan oleh ibu bapa, bapa saudaranya serta neneknya.

“Kedai tu satu-satunya kedai jual lemang dan rendang. Kalau sakit-sakit family aku tu, siapa yang nak bertanggungjawab.. skrg yg kene tu keluarga aku, tapi kira siapa yang beli pada hari yang sama makan benda yang sama la.. sebab masak dalam bekas yang sama,” katanya lagi.

Facebook Nur Shazwanie

Minggu lalu, selera sekumpulan remaja terbantut apabila mi segera yang dipesan dihidangkan dengan cicak yang hampir hancur.

Insiden itu dimuatnaik Zareen Razak di Facebook beliau yang rasa mual ketika suapan ketiga sebelum mendapati beliau rupanya telah memakan cicak. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Nak muntah makan maggie goreng cicak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast