KUALA LUMPUR – Niat sekumpulan remaja untuk makan di sebuah restoran terbantut apabila sajian yang ditempah datang dengan menu di luar jangkaan.

Dalam satu status Facebook, Zareen Razak berkata, beliau berasa mual apabila tiga kali suap hidangan maggie goreng yang ditempah beliau.

Setelah diamati, beliau dapati terdapat cicak yang sudah hampir hancur dalam hidangan beliau.

“Saya bersama rakan2 singgah makan di kedai MAMAK BERHADAPAN KEDAI SALAM (berhadapan kedai sutik)..saya order megi goreng telur mata, tapi yang sampainya MAGGIE GORENG TELUR MATA BERSAMA CICAK GORENG.

“Saya hanya sedar CICAK tu selepas makan dalam 3 sudu maggie. Rasa nak muntah!! geli geleman! besar giler!,” katanya di Facebook.

Facebook Zareen Razak
Facebook Zareen Razak

Posting itu turut memuatnaik tiga gambar ‘hidangan’ berkenaan dengan caption #pengalamanngeri.

Zareen bagaimanapun tidak menjelaskan nama restoran berkenaan kepada umum.

Kejadian dikatakan berlaku jam 5.45 petang semalam.

“Jadi amik perhatian kebersihan kedai mamak ni…! Semoga info ni bermanfaat pada semua, hati2 dengan kebersihan kedai,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ermmm aku mmg takkn pun kedai mamak, sbb aku tahu mmg kotor…sbb aku pernah kena ..harap org di luar sana berhati2 lh dgn kedai mamak ni..di kl nama kedai mamak tapi pekeja di bangla dn ada yg india kafir punya..mencari yg halal adlh stu kewajipan, alu blh katakan kedai klu buka 24 jam ni..akn blaku kekotoran nya..kedai mlyu byk
    ..tak plu nk mkn kedai mamak..aku tgok org kitacn ketageh pula dgn kedai mamak ni…harap pihak berwajid buat pemantauan dgn kedai mamak ni…

Comments are closed.