Pengasas Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Datuk Mohamad Ridwan Safrizal bersama tenaga pengajar dan pelajar tahfiz membaca al-quran di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pandangan masyarakat terhadap pusat tahfiz sering merujuk kepada pandangan yang negatif seperti kes buli  dan tiada masa depan.

Namun, pandangan itu semakin berubah dengan perubahan positif diambil oleh sebahagian pengurusan pusat itu.

Kini, kebanyakan ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak ke pusat tahfiz yang menawarkan program pengajian terbaik serta diiktiraf dengan harapan supaya mereka mendapat kejayaan di dunia serta akhirat.

Tidak dinafikan, terdapat pusat tahfiz yang menyediakan prasarana mewah dan lengkap dalam usaha melahirkan melahirkan cendikiawan al-Quran dan pengajian Islam seperti Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin.

Pengasasnya, Datuk Muhamad Riduwan Safrizal sanggup melaburkan RM2.8 juta untuk membeli sebuah banglo tiga tingkat yang terletak di Taman Melawati di sini dengan bilik pelajar turut dilengkapi tab mandi selain kemudahan asas seperti surau yang luas.

Lebih menarik katanya, pelajar yang terpilih masuk ke akademi itu hanya perlu membuat bayaran pendaftaran dan bulanan untuk tempoh tiga bulan sahaja.

Ini kerana, pengajian mereka akan menjadi percuma tanpa perlu membayar yuran bulan selepas itu jika pelajar menunjukkan prestasi cemerlang dan lulus peperiksaan khas dalam tempoh tersebut.

“Bagi menjaga kualiti huffaz yang dilahirkan, kami menyediakan silibus pembelajaran hafazan al-Quran mengikut kelulusan pihak berkuasa selain pelajar boleh mengambil peperiksaan utama di sekolah lain.

Pengasas Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Datuk Mohamad Ridwan Safrizal bersama tenaga pengajar dan pelajar tahfiz membaca al-quran di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 15 DISEMBER 2019.

“Selain itu pada masa sama, saya juga merancang untuk melakukan penambahan bangunan di kawasan lapang yang tersedia untuk kemudahan seperti kelas yang lebih selesa, kolam renang.

“Selain itu, aktiviti sunnah Rasulullah SAW seperti memanah turut diajar dalam membentuk keperibadian dan perawatakan pelajar yang seimbang di dunia dan akhirat selain merancang mereka menyambung pengajian di luar negara,” katanya yang akan mengambil 30 pelajar untuk awal tahun ini.

Muhamad Riduwan yang merupakan pengasas jenama produk Sherwanis dan Pengerusi HSA Trading Capital Bhd. Bhd. berkata, penubuhan akademi tahfiz itu dibiayai menerusi sebahagian keuntungan yang diraih menerusi perniagaan yang dijalankannya.

Bapa kepada lima anak itu menambah, banglo itu turut terbuka untuk sesiapa sahaja mendalami ilmu agama tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Jelas beliau, akademi yang memiliki empat ustaz itu sedia berkongsi ilmu terutama kepada warga emas untuk mengisi kelapangan waktu terutama untuk belajar mengaji.

“Malah saya juga menyediakan peruntukan khas untuk menu makanan bagi mereka yang ingin datang makanan sekiranya berdepan kekangan kewangan yang mendesak.

“Bagi saya, lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki Allah SWT akan kurniakan. Yang penting kita jangan lupa buat amalan ini setiap setiap hari iaitu bersedekah walaupun sekadar 20 sen dan membaca ayat Seri Dinar dan surah Al-Waqiah serta solat Dhuha,” katanya yang berusia 35 tahun.

Ibu bapa atau orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, boleh menghubungi di talian 019-400 8966 atau 013- 927 2499. – MalaysiaGazette

Pengasas Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Datuk Mohamad Ridwan Safrizal bersama tenaga pengajar dan pelajar tahfiz membaca al-quran di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 15 DISEMBER 2019.