Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media pada “International Unity In Diversity Conference 2020” di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bukan untuk melobi jawatan.

Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, pertemuan tersebut berkisar kepada perbincangan dari hati ke hati dua orang.

“Diberikan sedikit sebanyak penjelasan, tapi saya tidak lobi,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama di nternational Unity In Diversity Conference 2020 di sini hari ini.

Semalam Anwar memuatnaik foto pertemuannya dengan Dr Mahathir di laman Facebook.

Perbincangan tersebut katanya, hal ehwal berkaitan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Pertemuan itu juga menurut beliau berkisar isu-isu semasa di dalam dan luar negara.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast