Chan Ai Mei

KUALA LUMPUR – Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM) hari ini melancarkan Affin Hwang World Series – Dana Pendapatan Tinggi Global.

Dana ini merupakan dana pendapatan borong yang menyediakan akses kepada peluang pendapatan yang luas dengan melabur dalam skim pelaburan kolektif, iaitu Dana JPMorgan – dana pendapatan (dana sasaran).

Dana sasaran adalah dana berpangkalan di Luxembourg yang diuruskan oleh JP Morgan Asset Management.

Untuk mencapai objektif pelaburannya, dana ini akan melabur sekurang-kurangnya 80% daripada nilai aset bersih (NAB) ke dalam dana sasaran dan maksimum 20% daripada NAB ke dalam instrumen pasaran, deposit dan/atau aset cair.

Ketua Pegawai Pengagihan dan Pemasaran Affin Hwang AM, Chan Ai Mei berkata, dengan menggunakan pendekatan yang tidak terkawal, dana memperoleh idea pelaburan terbaik di seluruh dunia untuk memberikan hasil menarik dengan kemeruapan yang lebih rendah.

Dengan fokus untuk menjana pendapatan, Affin Hwang World Series mempunyai peruntukan dinamik untuk beralih kepada sektor dan negara yang tidak mempunyai kekangan.

Tambahnya, dana ini juga mempunyai kelonggaran untuk menyesuaikan tempoh bergantung pada keadaan pasaran untuk meminimumkan naik turun.

Sebagai imbuhan, pelabur memperoleh aliran pendapatan boleh diramal menerusi pembayaran bulanan yang konsisten daripada pembayaran hasil agihan yang disasarkan antara 5% hingga 6%, ujar Ai Mei.

“Dengan bank pusat global mengekalkan kecenderungan dasar monetari yang akomodatif, dana ini menyediakan penyelesaian kepada pelabur dalam mencari hasil dalam persekitaran kadar faedah yang lebih rendah.

“Memandangkan pasaran terus diuji dengan turun naik yang lebih tinggi, kepentingan pendapatan tetap sebagai kelas aset tidak boleh dipandang rendah dengan bertindak sebagai belanjawan dalam portfolio untuk menyediakan sumber pendapatan dan kecairan yang mantap,”kata Ai Mei.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast