PNB Ilham Resort bakal berwajah baharu sepenuhnya tahun depan.

KUALA LUMPUR – Sebut sahaja Port Dickson pasti ramai boleh membayangkan tempat penginapan di PNB Ilham Resort.

Meraih populariti meluas kerana bersebelahan Bukit Batu Putih dan Rumah Api Tanjung Tuan cukup menggambarkan hotel milik Permodalan Nasiobal Berhad itu menjadi pilihan pengunjung pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat.

Terbaru, resort yang memiliki enam blok itu bakal berwajah baharu dengan mengetengahkan konsep moden dalam memenuhi kehendak tetamu.

Pengurus Residennya, Ridzwan Ab. Rashid berkata, kerja-keja menaik taraf dan pengubahan dijangka bermula sebelum Ramadan ini dan siap sepenuh dalam tempoh setahun.

Jelas beliau, dalam tempoh itu, PNB Ilham Resort tidak akan ditutup kerana kerja-kerja tersebut akan melibatkan setiap blok secara giliran.

“Kami akan mentransformasi resort dalam suasana moden dan tiada lagi hiasan kerawang yang sinonim dengan PNB Ilham Resort selama ini.

Ruang dalaman yang selesa untuk tetamu.

“Pada masa sama, kerja-kerja menaiktaraf akan turut melibatkan lantai semua apartmen dan kemudahan tandas yang baharu,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Ridzwan menambah, pihaknya yakin dapat mengekalkan kadar penginapam antara 45 hingga 50 peratus setiap bulan sepanjang tahun ini.

Jelas beliau, kadar itu mampu melonjak lebih 65 peratus pada bulan yang mempunyai cuti umum dan persekolahan yang panjang.

“Namun pada hujung minggu, kadar penginapan kami sentiasa penuh dengan tetamu yang datang secara keluarga atau kumpulan yang ramai,” katanya.

Sementara itu, PNB Ilham Resort bermula sebagai pusat latihan pada tahun 1994 sebelum beroperasi sepenuhnya sebagai resort popular dua tahun kemudian.

Ruang melepak di dalam apartmen yang mengembalikan nostalgia.

Diberi sentuhan pesona nostalgia era Kesultanan Melaka, resort ini memiliki semua yang diperlukan tetamu untuk membuat mereka kembali berulang kali.

Hanya 10 minit dari bandar Port Dickson, PNB Ilham Resort menawarkan 64 unit apartmen dan bilik hotel yang lengkap dengan ruang tamu dan ruang makan, bilik mandi, bar mini, televisyen dan telefon.

Pada masa sama, resort, resort itu turut menyediakan menawarkan kemudahan untuk mengadakan seminar, ceramah, program latihan dan sesi yang kini menjadi pilih agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Tidak dilupakan, acara dan aktiviti berkumpulan turut dianjurkan bagi memupuk ikatan kakitangan dan meningkatkan semangat serta produktiviti di kalangan peserta yang menyertainya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 06 662 6800. – MalaysiaGazette

PNB Ilham Resort terletak bersebelahan Bukit Batu Putih.