Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2019 naik 0.1 mata peratus kepada 68.8 peratus berbanding bulan sebelumnya dan meningkat 0.4 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas (November 2018: 68.4%).

Bilangan tenaga buruh pada bulan ini meningkat 2.4 peratus berbanding November 2018 kepada 15.83 juta orang.

Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.5 peratus kepada 15.32 juta orang, menurut Ketua Perangkaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Manakala kadar pengangguran pada November 2019 kekal 3.2 peratus bagi dua bulan berturut-turut. Pada bulan ini, bilangan penganggur adalah seramai 513.9 ribu orang, naik 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Kadar pengangguran (pelarasan musim) pada November 2019 meningkat kepada 3.3 peratus berbanding 3.2 peratus pada bulan sebelumnya. – MalaysiaGazette